Monday, January 17, 2011

mungkin dia bukan ADAm untukku

setiap hawa akan ada seorang adam disampingnya
menemani setiap langkah jejak kakinya
menongkah setiap keterjatuhannya
dan sentiasa mengangkatnya ke aras yang tertinggi

tapi bukan senang bagi aku berjumpa adamku
aku keliru dengan jalan yang ditunjukkan
aku hampir rebah mengejar petunjuknya
dalam hati tertanya-tanya..
diakah adam untukku?

terkadang aku alpa dengan pandangan mata
terpana dengan pilihan hati yang belum tentu ketepatannya
memilih adamku yang belum tentu untukku

aku hawa..
hawa yang tak punya agenda dunianya
sentiasa memerlukan adamku untuk apa-apa saja
kerana telah ku tanamkan dijiwa
dia lah adam untukku

tapi bila apa yang aku mahu bukan seperti yang terjadi
aku kecewa..
menangis dalam tawa senda yang menjelikkan
menangisi sebarang apa-apa sahaja perbuatan
kerana aku menunggu adamku
sambil hati berkata
sesungguhnya mungkin dia bukan adam untukku..

No comments:

Post a Comment