Monday, January 17, 2011

mungkin dia bukan ADAm untukku

setiap hawa akan ada seorang adam disampingnya
menemani setiap langkah jejak kakinya
menongkah setiap keterjatuhannya
dan sentiasa mengangkatnya ke aras yang tertinggi

tapi bukan senang bagi aku berjumpa adamku
aku keliru dengan jalan yang ditunjukkan
aku hampir rebah mengejar petunjuknya
dalam hati tertanya-tanya..
diakah adam untukku?

terkadang aku alpa dengan pandangan mata
terpana dengan pilihan hati yang belum tentu ketepatannya
memilih adamku yang belum tentu untukku

aku hawa..
hawa yang tak punya agenda dunianya
sentiasa memerlukan adamku untuk apa-apa saja
kerana telah ku tanamkan dijiwa
dia lah adam untukku

tapi bila apa yang aku mahu bukan seperti yang terjadi
aku kecewa..
menangis dalam tawa senda yang menjelikkan
menangisi sebarang apa-apa sahaja perbuatan
kerana aku menunggu adamku
sambil hati berkata
sesungguhnya mungkin dia bukan adam untukku..

Saturday, January 8, 2011

gelARanku QCEAN

actually.. aku xtau nak story mory apa kat blog aku nih.. tp bila pikir2, aku ingat nak cerita something kat korang kaitan aku dengan OCEAN tu.. 
korang jangan salah faham lak, mana la tau korang ingat aku ni ada kaitan dengan keturunan Jepun ke apa ke, or kata aku sedara ngan pelakon cerita Ocean tue..actually gi pada yang ke2 kalinya, apa yang korang pikir tue memang betul la.. betol2 merapu.. hahahaha... jangan mare ye...

korang penahkan tengok kat aku punya album kat fb yang title ocean love and other.. tau x kenapa guna nama tue, bukan saja2 rekaan, tapi da kenangan n gelaran untuk aku gak...

Ocean tue sebenarnya gelaran aku masa kecik dulu.. ada kawan abah kesayangan aku ni bagi gelaran tue kat aku, sebabnya mata aku yang xberapa nak luas ni la.. and masa tue plak cerita Oceankan tengah hangat kat tv.. memang hangat la kena kat aku.. since sekarang pun kalau dia jumpa aku, mesti dia akan panggil gelaran tu lagi..


tapi aku nak warning korang.. jangan guna gelaran tu kat sini or kat mana2 lagi la..
aku malu la.. heheheee
nanti mencerminkan kesepetan mata aku...

mana la aku dapat mata nie
adik-beradik yang laen luas2 je
hehehe... 

anugerah untuk aku dari ALLAH SWT..
menjadikan aku unik dalam keluarga
aku bersyukur.. alhamdullillah....
SEMOGA KASIH SAYANG ALLAH MENGIKUT JEJAKKU...=)

Wednesday, January 5, 2011

AKU & hari khamis

xpelik apa yang aku buat...
lebih kurang macam perempuan normal je....
tapi tue la, aku plak kadang2 cuak kebaban bak kata kawan2 aku..

apa kena hari Khamis dengan apa yang aku buat?
melaram le apa lagi...
nak nampak nice skit...
konon2 nk tanamkan imej sebagai seorang guru yang berpersonaliti la kunun... ahaksss
tapi betol la tue... dan jugak untuk yang tersayang..
walaupun dia xda tengok aku, sekurang-kurangnya aku tau aku wat untuk dia dan untuk diri aku jugak..
berbaloi-baloi la..

Now, aku dah start try semua selendang yang aku ada and yang xpnah pkai, baju kurung yang dulunya jarang2 pakai, dgn wedges yang berinci-inci tue... agak terkedek-kedek, tapi still ok bg aku.. hehehe..
apa-apa pun yang aku buat, aku harap aku dapat tingkatkan konfiden aku dalam study and wat aku bersemangat bila berhadapan dengan orang ramai... I ALWAYS SMILE FOR MY SELF....=)